Sunday 2 June 2013

KOSA KATA TINGGI

Salam kasih sayang kepada seluruh anak-anak Umi  yang dikasihi. Kali ini kita berbicara tentang penggunaan kosa kata tinggi di dalam ayat yang dibina. Kita perlu tahu bahawa penggunaan kosa kata tinggi salah satu cara untuk kita menarik perhatian pemeriksa. Penggunaan kosa kata tinggi perlu diasuh dengan memahami,
menghafal dan menulis kembali di kertas. Untuk itu pada hari ini mari kita belajar beberapa kosa kata tinggi sebagai permulaan. Selamat belajar!......


1. Komuniti = masyarakat.

2.Famili = keluarga.

3.Entiti mithali = seseorang yang menjadi contoh ikutan.

4.Tamsilannya= contohnya.
Salam buat semua yang mencintai Tuhan. Salam jua untuk semua yang mencintai Bahasa Melayu. Bukankah Bahasa Melayu salah satu daripada bahasa yang diciptakan Tuhan ? Maka bersyukurlah kita kerana dipilih sebagai bangsa yang mengaplikasikannya di muka dunia ini. Maka tujuan Umi membuka lembaran ini khusus buat anak didik yang gemar untuk mendalami bahasa yang sangat kaya dengan keindahannya yang tersendiri..........

Peribahasa yang jarang digunakan oleh pelajar dalam penulisan antaranya : -

1.Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.
   Peribahasa ini membawa maksud yang sama dengan peribahasa Melentur buluh biarlah dari          
   rebungnya.

2.Air perabung mengalir ke cucur atap.
   Peribahasa ini membawa maksud yang sama dengan peribahasa Bagaimana acuan begitulah   
   kuihnya.

3.Keruh di muara di hulu keruh jua.
   Peribahasa ini membawa maksud yang sama dengan peribahasa Bapa borek anak rintik.