Sunday 2 June 2013

Salam buat semua yang mencintai Tuhan. Salam jua untuk semua yang mencintai Bahasa Melayu. Bukankah Bahasa Melayu salah satu daripada bahasa yang diciptakan Tuhan ? Maka bersyukurlah kita kerana dipilih sebagai bangsa yang mengaplikasikannya di muka dunia ini. Maka tujuan Umi membuka lembaran ini khusus buat anak didik yang gemar untuk mendalami bahasa yang sangat kaya dengan keindahannya yang tersendiri..........

Peribahasa yang jarang digunakan oleh pelajar dalam penulisan antaranya : -

1.Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.
   Peribahasa ini membawa maksud yang sama dengan peribahasa Melentur buluh biarlah dari          
   rebungnya.

2.Air perabung mengalir ke cucur atap.
   Peribahasa ini membawa maksud yang sama dengan peribahasa Bagaimana acuan begitulah   
   kuihnya.

3.Keruh di muara di hulu keruh jua.
   Peribahasa ini membawa maksud yang sama dengan peribahasa Bapa borek anak rintik.

No comments:

Post a Comment